Apa itu INTERNET INTRANET dan EKSTRANET

Click
Internet bukanlah satu fenomena baru. Jaringan ini diasaskan oleh sekumpulan
komputer yang di hubungkan bersama-sama dalam tahun 1960an sebagai projek
Agensi Projek Penyelidikan Termaju (ARPA) oleh Jabatan Pertahanan Amerika
Syarikat. Pada peringkat permulaan,ARPA menghubungkan empat komputer
kerangka utama yang terletak di Stanford Research Institute,University of
California di Los Angeles,Iniversity of California di Santa Barbara, dan
University of Utah

Matlamat asal ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang membolehkan proses
pemindahan data yang selamat diantara komputer tentera yang terletak di
tempat-tempat yang berbeza melalui beberapa laluan komunikasi yang
berlainan. Keadaan talian komunikasi yang berulangan ini memang dijadikan
sedemikian rupa supaya proses pemindahan data tidak terganggu sekiranya
berlaku peperangan.

Oleh itu, fungsi komputer direka bentuk dalam keadaan tidak berpusat supaya
tidak ada satu bahagian atau kawasan khusus yang dapat dimusnahkan ketika
dalam suasana perang. Dalam tahun-tahun berikutnya lain-lain jaringan
kerajaan dihubungkan kepada ARPANET dan keseluruhan jaringan tersebut
membentuk internet.

Semenjak pertengahan 1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat yang
dinamakan National Science Foundation (NSF), dan lain-lain badan kerajaan
diberi kuasa mengawal capaian kepada internet. Semasa perkembangan awal
sejarah internet , jaringan ini tidak digunakan dan tidak pernah direka
bentuk untuk kegunaan komersial. Ini disebabkan pembanguna internet dibiayai
oleh bantuan kewangan sepenuhnya dari NSF dan lain-lain agensi kerajaan.

Definasi paling mudah internet ialah kumpulan jaringan komputer. Dengan kata
lain, banyak jaringan bersama-sama membentuk satu jaringan besar.

Intranet
Apabila internet sudah bertapak kukuh,timbul pula anak kepada internet.
Teknologi yang diasaskan kepada teknologi dan topologi internet tersebut
dinamakan intranet. Ia merupakan rangkaian dalaman bagi organisasi,termasuk
penggunaan rangkaian setempat ( Local Area Network - LAN) dan rangkaian
kawasan luas (Wide Area Network -WAN)

Intranet dibangunkan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang dibawakan oleh
internet dan tetap menggunakan TCP/IP sebagai protokol utama proses
komunikasi Pihak atau pelayar internet luar lingkungan rangkaian intranet
tidak boleh mencapai rangkaian dan kandungan didalamnya. Keselamatan
intranet ini dilindungi oleh penghadang keselamatan yang dinamakan
firewall,iaitu gabungan perkakasan dan perisian yang menghalang capaian
pihak luar yang tidak mempunyai kuasa capaian

Segala urusan pejabat yang dilaksanakan menggunakan kertas masa kini boleh
ditukar secara elektronik dengan wujudnya intranet. Permohonan cuti tahunan,
cuti sakit , penempahan kenderaan pejabat, tempahan peralatan IT, penempatan
bilik mesyuarat dan miniman, tempahan alat tulis dan seumpamanya boleh
dilakukan secara elektronik.

Pastinya kos dapat dijimatkan melalui kurangnya penggunaan kertas. Dokumen
penting berkenaan pekerja seperti, dasar penilian prestasi, dasar kenaikan
pangkat, perolehan bahan di perpustakaandan banyak lagi.

Ekstranet
Selain internet dan intranet, terdapat satu bidang teknologi yang semakin
mendapat tempat dikalangan bisnes hari ini, iaitu ekstranet. Bagi kalangan
penggalak teknologi maklumat IT, ekstranet telah menjadi salah satu bidang
yang hangat dibincangkan.Ekstranet dikatakan akan meningkatkan nilai
pelaburan dalam teknologi berkaitan Web bagi syarikat terbabit.

Ekstranet sebenarnya satu rangkaian menggunakan World Wide Web (WWW) dan
intranet dalam menguruskan rantaian pembekal serta rakan niaga. Rantaian
pembekal adalah penting dalam proses bisnes yang menghubungkan pengeluar,
peruncit, pelanggan dan pembekal.Rantaian yang membentuk satu rangkaian
untuk membangunkan dan menghantar produk tersebut membentuk satu organisasi
maya tersendiri.

Objektif akhir ekstranet ialah untuk meningkatkan keuntungan melalui
pengenal pastian pengerak produk yang dihasilkan yang bermula dari barisan
pengeluar sehingga sampain ke tangan pelanggan. Cara sebegini akan
menyediakan petunjuk awal terhadap turun naik permintaan dan dapat
menyediakan koordinasi proses bisnes merentasi sebilangan organisasi yang
saling bekerjasama.

Ekstranet merupakan elemen terpenting dalam membangunkan konsep perdagangan
elektronik (e-elektronik). Intergrasi e-dagang dan ekstranet dapat mengubah
kaedah bisnes dilaksanakan secara dalaman dan bisnes bekerja antara satu
sama lain dalam kaedah yang lebih efektif




Ketahui cara bagaimana untuk menyiasat
aktiviti internet suami anda, anak-anak, pekerja anda atau sesiapa sahaja
dengan satu softawre yang hebat. Anda boleh lakukannya tidak kira berapa
jauh jarak anda dengan mereka. Sangat berkesan dan Tanpa dikesan!!!

www.geocities.com/softwarehebat
Click

Related Posts by Categories

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Powered by Blogger.